Berdasarkan kesamaan budaya dan bahasa antara Indonesia dan Malaysia, maka pribahasa atau peribahasa dalam Bahasa Melayu juga memiliki kesamaan. Hal yang paling mendasari saya untuk menuliskan pribahasa disini adalah UJIAN BAHASA ku di Universiti Malaya. Biasanya aku akan menuliskannya di buku sebagai catatan dan cara lain untuk mengingat. Namun, aku berasa jika aku menulis dibuku mungkin hanya aku saja yang boleh mengingatnya, setelah buku hilang maka aku tidak bisa menemukannya lagi, Disni aku bisa leluasa membuka ulang atau sekedar membantu orang lain ketika mencari pribahasa.
Baiklah, berikut ini beberapa pribahasa yang saya rasa patut untuk dituliskan dan disusun berdasarkan abzad sehingga anda mudah untuk mencari peribahasa yang dimaksudkan:
“Air dicincang takkan putus”
Maksud: Perbalahan atau pergaduhan sesama saudara-mara/ adik
beradik tidak akan berpanjangan karena akhirnya mereka akan berbaik-baik
semula.
“Ajak-ajak ayam”
“Alim bagai katak tepi air”
Maksud: Orang yang kaya ilmu tetapi tidak mendapat faedah
daripada ilmunya.
“Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui”
Maksud: Hal sendiri terabai kerana menguruskan hal orang
lain.
“Bagaimana hari tak hujan, katak betung dalam telaga berteriak selalu”
Maksud: Orang yang selalu pergi ke rumah seseorang dengan
tidak berketika dan dengan maksud yang tersembunyi.
“Bagai alur dengan tebing”
Maksud: Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan
saling membantu.
“Bagai kaca terhempas ke batu”
Maksud: Sangat sedih atau kecewa.
“Bagai kayu lempung ditebuk kumbang terus menerus”
Maksud: Orang yang lemah mudah dianiayai oleh orang yang
berkuasa.
"Bagai kera dapat canggung"
Maksud: Orang yang telah ditolong mendampingkan dirinya dengan orang yang menolongnya.
“Bagai kerbau terkejut oleh gong”
Maksud: Tercengang-cengang, kehairanan (Astonished).
“Bagai kucing blang”
Maksud: Gelisah tak menentu (very restless).
“Bagai kucing dengan panggang”
Maksud: Lelaki dan
perempuan mudah melakukan maksiat apabila berdua-duaan.
(A man and a woman if
they stay together are tempted to do sin).
“Bagai kumbang putus tali”
“Bagai kunyit dengan kapur”
Maksud: lekas menunjukkan kesan (very effective)
“Bagai layang-layang/ wau putus tali”
Maksud: Orang yang putus harapan dan berserah pada takdir
sahaja
(one who has loss hope
and leave everything to GOD only, Leave one to one’s faith)
“Bagai limau masak sebelah, perahu karam sekerat”
Maksud: Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil (unfair judgement).
“Bagai melepas batuk di tangga”
Maksud: Membuat
sesuatu kerja tapi tidak sampai selesai.
(Incomplete work and
below standard).
“Bagai memegang buah kepantangan
beruk: ditelan mati emak, diludah mati bapa”
Maksud: Serba
salah hendak memilih antara dua perkara atau keadaan yang sama-sama kita
kasihi.
“Bagai menarik rambut dalam tepung”
Maksud: Berhati-hati
bila menyelesaikan sesuatu masalah yang rumit.
(Taking extra care when you want to solve a difficult
problem)
“Bagai mencurah air ke daun keladi”
Maksud: Sia-sia memberi nasehat kepada orang yang tiak mahu
mendengar kata.
“Bara yang digenggam biar sampai jadi arang”
Maksud: Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar
sehingga mencapai kenyataan.
“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”
Maksud: Mengalami susah senang bersama-sama.
“Berat mata memandang, Berat
lagi bahu menikul”
Maksud: Sesusah-susah orang yang melihat penderitaan dan
kesusahan orang lain tentulah lebih tidak sama dengan yang menanggungnya.
“ Besar kayu besar dahannya= gedang kayu gedang dahannya”
Maksud: Apabila banyak penghasilan, besar pula
perbelanjaannya.
“Biar putih tulang, Jangan putih mata”
Maksud: Mempertahankan sesuatu yang menjadi hak milik kita
walaupun nyawa terancam atau mati.
“Bukit sama didaki, lurah sama dituruni”
Maksud: Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
“Bulat air kerana pembelung, bulat manusia kerana mufakat”
Maksud: Kata sepakat
yang dicapai dalam mesyuarat/ musyawarah.
“Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air”
“Dimana kayu bengkok, di sanalah musang meniti”
Maksud: Tempat yang tidak dijaga baik-baik itulah yang dimasuki
pencuri.
“Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”
Maksud: Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat.
“Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat”
Maksud: Kalau hendak berbuat sesuatu, eloklah dirundingkan
dengan kaum keluarga supaya pekerjaan itu selamat.
“Hidup tidak kerana kaul, mati tidak kerana sumpah”
Maksud: Hidup mati di tangan Tuhan.
“Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai, hendak berani
berlawan ramai”
Maksud: Hemat itulah titian kaya dan murah itulah titian
tuah serta banyak lawan itu mendatangkan berani.
“Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri”
Maksud: Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap
di negeri sendiri lebih baik lagi.
“Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati”
Maksud: Budi bahasa orang tidak dapat dibalas dengan wang
dan harus diingat sampai mati.
“Indah kabar daripada rupa”
Maksud: Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang
dilebih-lebihkan.
“ Kalau ibu kaya, anak jadi puteri, kalau anak kaya, ibu jadi budak”
Maksud: Perbedaan antara kesayangan ibu dengan kesayangan
anak.
“Kalau kail panjang sejengkal, lautan yang dalam diduga jangan”
Maksud: Jika mempunyai pengetahuan yang sedikit saja, janganlah
hendak melawan orang yang lebih banyak pengetahuannya.
“Kalau sama tinggi kayu di rimba, dimana angin akan lalu”
Maksud: Kalau sekalian manusia sama pangkat dan darjatnya
nescya tidak ada pekerjaan yang akan menjadi.
“Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai”
Maksud: Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih
baik jangan melakukan yang susah.
“Kata yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan”
Maksud: Tidak mahu mengakui kebenaran.
“Katak ditimpa kemarau”
Maksud: berkeluh kesah dengan tidak keruan.
“Katak hendak jadi lembu”
Maksud: Ingin melakukan sesuatu yang melebihi kesanggupan
sendiri, hendak menyamai orang besar (orang kaya,dsb).
“Kaut laba dengan siku maksud”
Maksud: Senantiasa hendak beroleh untung banyak.
“Kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat
berlindung kehujanan”
Maksud: Pemimpin yang menjadi tempat rakyat mengadu
nasibnya.
“Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat”
Maksud: Kalau orang itu sudah bersalah ada sahaja yang
menambah-nambah kesalahannya.
“Kayu dikatakan batu, langit hendak dicapai dengan tangan”
Maksud: Orang yang tidak sempurna akal fikirannya.
“Kayu yang banyak akarnya tak takutkan ribut = kayu yang berakar
tunjang tak endahkan ribut= jikalau sepohon kayu banyak aarnya lagi teguh=
apakah ditakutkan ribut”
Maksud: Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah.
“Kayuh sambil bertimba ke hilir”
Maksud: Dapat menyelesaikan dua tiga pekerjaan serentak.
“Kebat erat membuhul mati”
Maksud: Menetapkan sesuatu aturan yang tidak dapat diubah
lagi.
“Kebat erat-erat membuhul mati-mati “
Maksud: Membuat perjanjian hendaklah dengan sempurna.
“Kecambah kayu ara takkan jadi pulut-pulut”
Maksud: Orang yang berani tidak akan menjadi penakut (orang
yang besar tidak akan hilang kekuasaan).
“Kecek anak Melaka”
Maksud: Gayanya seperti orang yang berada padahal serba
kekurangan (cakap tinggi tetapi tak berisi).
“Kecek bagai bunyi merendang kacang”
Maksud: Percakapan yang tidak keruan.
“Kecek bagai ketiak ular”
Maksud: Percakapan yang tidak berkeputusan
(berpanjang-panjangan).
“Kecek berlauk-lauk, makan dengan sambal lada”
Maksud: Selalu menyombongkan kepandaian/ kekayaannya padahal
bodoh/ miskin.
“Keras-keras kerak nasi, kena air lembut juga”
Maksud: Sekeras-keras hari seseorang itu bila dipujuk dan
dinasehati lembut juga.
“Kera menjadi monyet”
Maksud: Tiada perbezaan yang kentara.
"Kera menegurkan tahinya"
Maksud: Orang yang melakukan kesalahan, itulah yang pertama sekali memperkatakannya.
“Laksana kera mendapat bunga”
Maksud: Mendapat sesuatu yang tidak tahu digunakan.
“Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain”
Maksud: Orang yang suka membesar-besarkan perkara yang
kecil.
“Laksana pohon kayu tidak berbuah”
Maksud: Ilmu yang tidak diamalkan tidak berguna.
“Malu bertanya sesat jalan, malu kayuh perahu hanyut”
Maksud: Kalau tidak berusaha tentulah susah dan kalau segan
bertanya akan membuat kesilapan
“Menconteng arang dimuka sendiri”
Maksud: Melakukan perbuatan buruk yang boleh memberi aib
atau mencemarkan nama baik ibu bapa dan keluarga.
“Mengalih kain ke balik rumah, mengalih kata ke hadapan”
Maksud: memungkiri janji dengan tiba-tiba.
“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”
Maksud: Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
“Orang baru kaya jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi”
Maksud: Sia-sialah mengerjakan perbuatan yang tidak
mendatangkan faedah.
“Orang kaya suka dimakan, orang elok (muda) selendang dunia”
Maksud: Orang hartawan yang selalu dermawan, orang muda adalah
perhiasan duania (untuk puji-pujian).
"Sakit kepala panjang rambut, patah selera banyak makan"
Maksud: Pada lahirnya tidak suka tapi sebenarnya suka sekali.
“Seberat-berat kayu terapung juga dalam air”
Maksud: Fikiran seseorang itu biar bagaimana teguhnya dapat
juga dihasut
“Sekati sama berat, diuji sama merah”
Maksud: sama tinggi darjatnya.
“Seperti anak ayam kehilangan induk”
Maksud: Sekumpulan orang yang tidak tentu arah atau terpecah
belah kerana kehilangan pemimpin atau tempat bergantung.
“Seperti lembu dicocok hidung”
Maksud: Orang yang selalu menurutkan kemahuan orang.
“Seperti katak di dalam tempurung”
Maksud: Orang yang tidak mengetahui apa yang berlaku di sekeliling.
Orang yang mempunyai pengetahuan yang cetek.
“Seperti kera sumbang”
Maksud: Orang yang tiak bergaul dengan masyarakat.
"Silap mata pecah kepala"
Maksud: Jika tidak hati-hati tentu dapat bencana.
“Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang”
Maksud: Tipu muslihat yang bersembunyi untuk mencari
keuntungan diri sendiri.
“Tak akan ada katak beranak ular”
Maksud: a. Dikarakan mengenai yang mustahil terjadi kepada
seseorang, b. Orang yang pengecut (bodoh) tidak akan menjadi berani (pandai).
“Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain selendang”
Maksud: Hendaklah berusaha sendiri untuk mencapai kemuliaan
dalam hidup janganlah mengharapkan bantuan orang.
“Tak kayu jenjang dikeping”
Maksud: Dalam keadaan yang serba sukar, segala apapun dibuat
untuk mencapai maksud.
“Tak lapuk dek hujan, tak lekang
dek panas”
Maksud: Adat yang idak berubah, sesuatu yang tetap utuh.
“Terkilap-kilap bagai katak
disemburi”
Maksud: Orang yang diam sahaja dalam suatu perbincangan.
“Tiada akan licin katak puru, jika senantiasa berhujan sekalipun”
Maksud: Orang bodoh jika memakai perhiasan sekalipun tidak
akan menjadi elok.
"Ubur-ubur airnya hitam."
Maknanya: Orang yang jahat nyata pada kelakuan dan perkataannya.
"Ucap habis niat sampai."
Maknanya: Hasil yang diperoleh dengan segera.
“Umpama burung tumpang beramai dengan kawan banyak”
Maksud: Perihal orang dagang yang tidak sungguh dan tidak
tetap hatinya di negeri orang.
“Umpama kayu buruk, buruk dek panas, reput dek hujan”
Maksud: Nasib malang yang tidak dapat dielakkan.
“Umpama kayu lempung, belum ditolak condong sendiri”
Maksud: Orang yang bodoh dan penakut mudah menurut kehendak
orang lain.
“Yang bulat takkan datang bergolek, Yang pipih tidak datang melayang”
Maksud: Sesuatu kejayaan tidak akan datang tanpa usaha.
"Yang berbaris yang berpahat, yang bertakuk yang bertebang."
Maksudnya: Pekerjaan yang dilakukan menurut aturannya.
"Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher."
Maksudnya: Orang yang menjamin orang yang berhutang acap kali terpaksa membayar hutang tersebut kerana yang dijamin tidak dapat membayarnya ataupun melarikan diri.
"Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi."
Maksudnya: Tiap-tiap suatu pekerjaan itu hendaklah dengan sempurna baik pada rupa, pendengaran dan perasaan.
"Yang disangka tidak menjadi, yang diam boleh ke dia. "
Maksudnya: Orang lain yang berikhtiar, orang lain pula yang memungut hasilnya.
"Yang dulu mendapat, yang kemudian ketinggalan."
Maksudnya: Orang yang rajinlah yang selalu beruntung daripada orang yang malas.
"Yang ombak itu ombak juga, yang air itu air juga."
Maksudnya: Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.
"Yang seorang memeram batu, yang seorang memeram pisang"
Maksudnya: Perbezaan pendirian; seorang boleh menanti seorang lagi tidak.
" Yang tinggi tampak jauh, yang dekat jolong bersua."
Maksudnya: Dalam sesuatu usaha pemimpinlah yang bertanggungjawab dan dialah pula yang akan dipuji atau dicela.
" Zaman beralih, musim bertukar"
Maksudnya: Segala sesuatu (peraturan, hukuman dan sebagainya) hendaklah disesuaikan dengan keadaan zaman.
" Zaman Tuk Nadur berkajang kain"
Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali.
"Zaman puntung berasap"
Maksudnya: Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali lagi
"Zikir-zikir saja jatuhkah rezeki jatuh dari langit?"
Maksudnya: Rezeki tidak datang dengan hanya berdoa.
No comments:
Post a Comment